Sunday, January 30, 2011

Pasangan Yang Ideal

Harini tgh aku surf internet...aku jumpa satu forum yang berdiskusi pasal Hukum Tarikan atau Law of Attraction. Maksud LOA ni lebih kurang macam ni; "anda menarik ke dalam hidup anda, segala apa yang anda berikan fokus dan perhatian mendalam, samaada perkara positif atau negative."

Jadi..selepas membaca penerangan forumer2 kat situ...aku simpulkan bahawa,hukum ni menyatakan bahawa; apa sahaja yang jadi dalam hidup kita sebenarnya adalah pokok pangkalnya dari kita jugak. Kalo kita seorang yang selalu memikirkan perkara2 negatif misal kata...lama kelamaan perkara negatif itu akan menjadi sebahagian dari hidup kita. Begitulah sebaliknya. Contoh yang diberikan forumer kat situ ialah jodoh. Kalau kita sentiasa memikirkan kita tak nak orang yang kedekut misal kata, disebabkan asik memikirkan tanak org yg mcm tu..sebenarnya dlm masa yg sama, kita telah menarik org2 kedekut tadi dalam kehidupan kita dan kita akan sentiasa berjumpa dengan org2 sebegini! So moral of the stori..kita kena sentiasa memikirkan yang positif! Cuba sedaya upaya memikirkan yang positif, selainnya serahkan pada Allah...kita yang penting berusaha dan bertawakkal.

Dari pembacaan aku, kita tak seharusnya malu untuk minta dengan Allah apa yang kita nak. Misal kata kita nak suami hensem, maka kita mintak. Tak payah segan dengan Allah. Allah nak bagi atau tidak itu kemudian cerita..yang penting kita mintak! Dulu..aku selalu malu nak mintak...padahal jauh disudut hati..aku kalo boleh nak semua tu. Mungkin sebab aku rasa..tuhan tahu apa yang tersirat dalam lubuk hati aku. Tapi, kesudahannya aku sedikit mengeluh sebab aku hanya dapat setakat ruang lingkup yg aku mintak je. Ok, mulai sekarang aku dah tanak malu-malu lagi nak mintak dengan Allah! Aku akan mintak apa yang aku nak. Dan aku serahkan pada Dia untuk tentukan kesudahannya. Disebabkan aku diberi peluang kedua (mungkin) untuk bertemu jodoh..maka kali ini aku senarai detailkan ciri2 jodoh yang aku nak....ciri2 yang aku idamkan seperti berikut;-

Pasangan Ideal Untuk Aku

1. Tinggi : lebih dari 1.6M
2. Berat : Sesuai dengan ketinggian maybe dalam 65kg-85kg, dan sihat zahir batin
3. Wajah : Manis dan sedap mata memandang
4. Sikap : berbudi bahasa, bertanggungjawab, baik hati, hormat orang tua, penyayang, kelakar, mengambil berat, jujur, beriman dan mempraktikkan keimanannya, positif, rajin ke dapur dan mengemas rumah, pembersih, setia, tidak panas baran dan cool dalam menangani masalah.
5. karier : bekerja office hour, berpendapatan bagus dan mempunyai kerjaya yang stabil
6. usia : lebih tua dari aku; dalam lingkungan 34-40 tahun
7. status : bujang atau duda..( kalo boleh nak elakkan suami orang...dah rasa dah perihnya)
8. Hubungan : Dia menyayangi aku sepenuh hatinya dan menerima diriku seadanya dengan keikhlasan, segala kelebihan dan kekurangan aku. Dan, begitulah aku juga sebaliknya.
9. Penerimaan : Penerimaan kaum keluarga & sahabat handainya terhadap aku adalah baik dan begitu juga sebaliknya.
10. Hubungan : Hidup kami aman bahagia dan kekal hingga akhir hayat
11.Rumahtangga : Kami dikurniakan zuriat yang bijak, comel cantik dan sempurna. Mempunyai rumah tempat berteduh yang sesuai.

Ok...semuanya aku dah senaraikan. Look very very perfect kan? Tapi tak salah meminta dan mengidamkan kesempurnaan. Tak salah mencuba untuk minta dariNya. Mulai sekarang, inilah yang akan aku minta hari-hari!

Kalau based on senarai tu tadi..jauh tersasar dengan orang yang ada dalam hati aku sekarangkan? Siapa yang ada dalam hati aku? Siapa lagi...sidia lah! Ok, lepas ni aku akan ceritakan pasal sidia pulak. Entah kenapa lately ni aku macam makin terasa jauh lak kat dia. Hmmm......sambung lepas ni lah...nak gi solat Magrhib dulu!

2 comments:

  1. Assalam,
    izin ziarah ya,
    InsyaAllah, saya doakan semoga akan dimakbulkan Allah, apa yang dipinta dalam masa paling terdekat dengan sekarang, amin

    Salam positif

    ReplyDelete
  2. @arjuna - terima kasih sudi ziarah dan terima kasih kerana mendoakan yg terbaik untuk saya. :-)

    ReplyDelete