Monday, January 31, 2011

Si mimie debot


Haaaa...ni permata hati aku. Si mimie. Dialah yang pertama menjadi teman aku kat rumah yang sunyi sepi ni sejak arwah takde. Dah nak masuk 2 tahun dah dia hidup dengan aku. Ingat lagi masa mula-mula aku adopt dia dari SPCA..kurus kering je. Sekarang ni...haaa kau..almost 10kg kot. Bak kata kawan2 aku..."si mimie ni kepala kecik..badan besar!". Tapi memang betol pun. kalo dia lari...pandangan dari arah belakang sebijik macam kebau pendek tengah lari...adehhhhh.

Aku sayang kat mimie sangat2. Dia dah macam nyawa aku sekarang. Segala kesedihan aku dulu..dialah yang rawat. Kalo bukan mimie yang temankan aku dulu...tak tahulah mcmana aku nak handle emosi aku masa tu. Mimie bagi aku satu anugerah. Tu pasal aku mewahkan dia dengan makan sampai dia jadi gumuk mcm nih! Mesti orang pelik apesal aku emo sesangat bila citer pasal mimie. For those yang tahu kisah aku..akan paham kenapa mimie sgt penting dalam hidup aku. Mimie, mummy loves you (airmata aku jatuh ke nih? hishhhh)!

Sunday, January 30, 2011

Bercinta dengan suami orang - Part 1

Tak pernah terfikir dan tak pernah terlintas pun sebenarnya kat kotak fikiran aku yang waras ni untuk aku bercinta dengan suami orang. Even sebelum ni aku sangat2 tegar dengan suami orang. Tegar dalam erti kata, aku berjaya menolak 'proposal' dari suami2 orang ni hanya sebab aku taknak melukakan hati perempuan yang lain. Sehinggalah suatu hari, akhirnya aku diuji dimana aku terpaksa telan kata2 aku sebelum ni bila aku dipertemukan dengan dia.

Bermula dengan chatting untuk menghilangkan kesunyian...dan kini berakhir dengan satu hubungan yang serius. Oppps...belum berakhir lagi....sebab masih berlansung dan tak pasti apa endingnya. Dah tahu laki orang..apesal teruskan jugak??? Hmm....soklan yang aku pun susah nak jawab. Sebab aku sendiri tak tahu kenapa, kenapa dan kenapa dengan dia aku kalah. Kalah dalam erti kata, bila aku tahu dia laki orang...tapi aku tak boleh nak back-off. Mungkinkah tuhan sedang menguji aku dek kerana kekonfidenan (manglish? ahh lantakla) dan jugak kecakapbesaran (BM hancusss) aku sebelum ni? Entahlah...hanya tuhan yang tahu..itu je yang mampu aku katakan.

Serba sedikit tentang perkenalan aku dgn dia...bertegur sapa kat ym....tanpa suara..tanpa rupa..entah mcmana hati aku dah suka dengan dia.Jarang sangat aku suka chatters sampai mcm ni skali. Gaya bahasa dan tutur kata dalam chatting sangat menyenangkan hati aku. Oklaa...aku mengaku...aku dah suka kat dia dari kali pertama chatting. Dan berlanjutan ke hari2 yang seterusnya. Rasanya berbulan jugak la chatting...baru la kitorang bertukar no hp. Dalam masa yang sama aku carik2 jugakla info pasal dia kat fb, utube dan sebagainya. Skodeng sana sini..merata jugak la aku merayau ke fb kekawan dia untuk check status dia...tapi aku tak jumpa apa-apapun. Dia sgt clear. Mmg aku risau gak mula2 kalo dia ni laki orang tapi lepas siasatan yang aku buat gagal utk reveal status dia..so sekali lagi aku kondipent (manglish lagi) yang dia single.

Atas rasa konpident tadi..maka bermulalah 'ayat-ayat cinta' mcm tajuk lagu rossa tuh  sehinggakan aku menitis air mata bila dia tanya aku 'bolehkah aku dan dia hidup bersama'. Masa tu...aku rasa diberikan satu kehidupan baru selepas kesedihan yang aku lalui sejak arwah pergi. Tapi kegembiraan tak lama...tak sampai 2 minggu aku dikejutkan dengan satu pendedahan. Perangai skodeng fb menberikan aku jawapan akan status dia bila seorang perempuan tagkan gambar 2 budak comel. Macam nak meletup jantung aku masa tu..tapi aku tak serang dia lagi sehinggalah aku betul2 pasti itu anak2 dia. Esoknya aku skodeng lagi...kali ni kebenaran terserlah..komen2 ahli keluarga dan kawan2 dia jelas menunjukkan status dia. Tuhan je yang tahu apa aku rasa masa tu. Permainan apakah ini? Balasan apakah ini? Terduduk aku. Airmata toksah cakap la byk mana melimpah (melimpah ruah excelli). Aku confront dengan dia. And of cos la dia mengakukan sbb nak lari mana lagi? Bermula lagi episod sedih untuk aku...

Lepas aku tahu siapa dia, aku cuba membenci dia. Hati ni menyumpah seranah sebab dia tipu aku. Mcm2 aku buat untuk benci dia.....tapi sayang...aku tak berjaya. Kenapa eh? Dalam masa yang sama aku flirting around..main ayat-ayat cinta dengan admirer aku..dengan harapan aku akan jatuh cinta la dengan salah dua atau tiga (uishhh..tamaknye!) dari diorang tu semua..pun tak jalan jugak...Lastly, aku pasrah...mmg dia terlalu kuat tempatnya dalam hati aku...haisshhhhh!

Jadi...buat masa ni...aku masih meneruskan apa yang ada. Dalam masa yang sama aku masih lagi tercari cari ruang dan jugak kekuatan untuk hentikan semua ni sebab aku tahu isteri dia, kaum keluarga dia takkan restui semua ni walaupun dia kata dipihak dia tiada masalah. Sekarang wife dia dah tahu...cemana wife dia tahu? Nantik aku bgtau.....

Pasangan Yang Ideal

Harini tgh aku surf internet...aku jumpa satu forum yang berdiskusi pasal Hukum Tarikan atau Law of Attraction. Maksud LOA ni lebih kurang macam ni; "anda menarik ke dalam hidup anda, segala apa yang anda berikan fokus dan perhatian mendalam, samaada perkara positif atau negative."

Jadi..selepas membaca penerangan forumer2 kat situ...aku simpulkan bahawa,hukum ni menyatakan bahawa; apa sahaja yang jadi dalam hidup kita sebenarnya adalah pokok pangkalnya dari kita jugak. Kalo kita seorang yang selalu memikirkan perkara2 negatif misal kata...lama kelamaan perkara negatif itu akan menjadi sebahagian dari hidup kita. Begitulah sebaliknya. Contoh yang diberikan forumer kat situ ialah jodoh. Kalau kita sentiasa memikirkan kita tak nak orang yang kedekut misal kata, disebabkan asik memikirkan tanak org yg mcm tu..sebenarnya dlm masa yg sama, kita telah menarik org2 kedekut tadi dalam kehidupan kita dan kita akan sentiasa berjumpa dengan org2 sebegini! So moral of the stori..kita kena sentiasa memikirkan yang positif! Cuba sedaya upaya memikirkan yang positif, selainnya serahkan pada Allah...kita yang penting berusaha dan bertawakkal.

Dari pembacaan aku, kita tak seharusnya malu untuk minta dengan Allah apa yang kita nak. Misal kata kita nak suami hensem, maka kita mintak. Tak payah segan dengan Allah. Allah nak bagi atau tidak itu kemudian cerita..yang penting kita mintak! Dulu..aku selalu malu nak mintak...padahal jauh disudut hati..aku kalo boleh nak semua tu. Mungkin sebab aku rasa..tuhan tahu apa yang tersirat dalam lubuk hati aku. Tapi, kesudahannya aku sedikit mengeluh sebab aku hanya dapat setakat ruang lingkup yg aku mintak je. Ok, mulai sekarang aku dah tanak malu-malu lagi nak mintak dengan Allah! Aku akan mintak apa yang aku nak. Dan aku serahkan pada Dia untuk tentukan kesudahannya. Disebabkan aku diberi peluang kedua (mungkin) untuk bertemu jodoh..maka kali ini aku senarai detailkan ciri2 jodoh yang aku nak....ciri2 yang aku idamkan seperti berikut;-

Pasangan Ideal Untuk Aku

1. Tinggi : lebih dari 1.6M
2. Berat : Sesuai dengan ketinggian maybe dalam 65kg-85kg, dan sihat zahir batin
3. Wajah : Manis dan sedap mata memandang
4. Sikap : berbudi bahasa, bertanggungjawab, baik hati, hormat orang tua, penyayang, kelakar, mengambil berat, jujur, beriman dan mempraktikkan keimanannya, positif, rajin ke dapur dan mengemas rumah, pembersih, setia, tidak panas baran dan cool dalam menangani masalah.
5. karier : bekerja office hour, berpendapatan bagus dan mempunyai kerjaya yang stabil
6. usia : lebih tua dari aku; dalam lingkungan 34-40 tahun
7. status : bujang atau duda..( kalo boleh nak elakkan suami orang...dah rasa dah perihnya)
8. Hubungan : Dia menyayangi aku sepenuh hatinya dan menerima diriku seadanya dengan keikhlasan, segala kelebihan dan kekurangan aku. Dan, begitulah aku juga sebaliknya.
9. Penerimaan : Penerimaan kaum keluarga & sahabat handainya terhadap aku adalah baik dan begitu juga sebaliknya.
10. Hubungan : Hidup kami aman bahagia dan kekal hingga akhir hayat
11.Rumahtangga : Kami dikurniakan zuriat yang bijak, comel cantik dan sempurna. Mempunyai rumah tempat berteduh yang sesuai.

Ok...semuanya aku dah senaraikan. Look very very perfect kan? Tapi tak salah meminta dan mengidamkan kesempurnaan. Tak salah mencuba untuk minta dariNya. Mulai sekarang, inilah yang akan aku minta hari-hari!

Kalau based on senarai tu tadi..jauh tersasar dengan orang yang ada dalam hati aku sekarangkan? Siapa yang ada dalam hati aku? Siapa lagi...sidia lah! Ok, lepas ni aku akan ceritakan pasal sidia pulak. Entah kenapa lately ni aku macam makin terasa jauh lak kat dia. Hmmm......sambung lepas ni lah...nak gi solat Magrhib dulu!

Welcome to me..to my new playground!

Today...30th January 2010.....my 1st ever posting in my blog. Baru berjinak jinak belajar blogging nih. Tempat nak lepaskan geram..marah..tak puas ati & etc lah.

Tak sure, berapa lama bertahan blog ni..tapi belasah je lah.....at least aku cuba samting new untuk diri aku. Anyway, gud luck kat aku..huhuhu~