Sunday, February 27, 2011

Muhammad Faruque Abdul Haque

Dilahirkan 12 Mac 1965 di Kuala Pilah, N.Sembilan, kira-kira 46 tahun yang lalu. Siapa dia ni? Dia adalah seseorang yang pernah menjadi sebahagian dari hidup aku. Berkongsi suka duka pahit manis kehidupan. Dia semangat. Dia kekuatan. Dia tempat mengadu, Dia tempat bermanja. Dia tempat bergurau. Dia tempat menyakat. Dan adakalanya dia tempat aku lepaskan marah. Dialah kehidupan aku. Segala-galanya dia.

Tapi, kini hanya kenangan selama 8 tahun bersama yang tinggal. Jauh tersimpan disudut hati yang paling dalam. Pemergiannya lebih kurang 2 tahun yang lalu sangat-sangat mengubah kehidupan aku. Sekelip mata aku tengok dia bernafas macam orang yang sedang lena tidur..tak berapa ketika lepas tu dia pergi selamanya. Hancur dan retak hati aku masa tu. Aku tak mampu berbuat apa-apa. Bersuara pun tak mampu. Yang aku ingat air mata ni mengalir macam air hujan tak berhenti-henti. Basah lencun baju dengan air mata. Tapi, berbekalkan semangat juang dan kekuatan dia melalui penderitaannya selama ni..sedikit sebanyak membentuk kekuatan diri aku masa menerima berita mengejut tu.

Selasa 6.1.2009, dia ke hospital setelah demam beberapa hari. Disebabkan dia ada komplikasi buah pinggang (since 2003) demam dia tak boleh dianggap ringan. Panadol takkan dapat selesaikan masalah dia walaupun sekadar demam biasa. Itu antara komplikasi dia..demam je kena pergi hospital, kena tahan kat wad sampai la demam baik. Pagi tu kat hospital, aku sempat call dia tanya khabar dia, dia kata badan tak sedap sangat. Aku tak dapat cakap lama, sebab dia macam dalam keadaan tak selesa. Tengahari aku call lagi, adiknya jawab, katanya dah jumpa doktor..tgh tggu masa nak masuk wad. Petang lebih kurang 5.30 petang, adik ipar aku call, nadanya kali ni berlainan. Dia mintak aku datang ke hospital secepat mungkin, katanya abang dah teruk sangat. Terkedu aku, tak buang masa aku terus drive dari Kelana Jaya ke Ampang. Tuhan permudahkan urusan aku petang tu, jalan yg hari2 jem, tapi petang tu aku lalu dgn selesa. Dalam kereta toksah cakap la air mata aku macamana. Hati aku tak putus-putus mintak tuhan jangan ambil nyawa dia sebelum sempat aku jumpa dia. Ya, aku mintak, kalau boleh biarlah aku jumpa dia dlm keadaan bernafas.

Dalam setengah jam, aku sampai kat hospital. Aku tengok mata aku dah bengkak sebab menangis tadi. Aku ke toilet cuci muka sebab kalau boleh aku taknak abang tengok aku dlm keadaan mcm tu. Lepas tu aku terus ke wad. Aku nampak abang tgh tidur. Kepenatan agaknya. Seharian kat hospital. Mak mentua aku kata, "dia baru je lelap..penat sangat dari pagi tadi tunggu..ni baru dapat katil". Aku pun terus duduk kat tepi katil, usap kepala abang sambil kejutkan dia "abang..bangun bang...saya dah sampai ni". Takde respon. Nafas turun naik macam biasa. Lena betul kata aku. Sekali lagi aku panggil nama dia sambil pegang pipi dia. Masih takde respon. Aku dah jadi tak sedap hati. Aku mintak adik dia panggilkan nurse. Mak mentua aku dah kalut, terus tepuk2 pipi abang sambil kejutkan...pun dia tak bagi respon...tapi masih bernafas mcm biasa. Aku pun dah start panik..dalam hati " Ya Allah...takkan dah sampai masanya?" sambil teringatkan mimpi aku 2 mggu sebelum tu. Aku mimpi gigi atas aku patah.

Tak lama tu doktor sampai. Doktor tepuk2 pipi abang sambil panggil nama. Sama gak takde respon. Keadaan jadi agak kalut masa tu..doktor tarik tirai mintak nurse bawak macam2 alat. Aku dengan ahli famili yg lain menunggu penuh debar. Air mata masa tu toksah cakapla lajunye mcmana. Dalam kepala dah fikir yang bukan2 sangat dah. Kemuncaknya, doktor bawak defibrillator. Masa tu aku berdoa dalam hati, jangan lah mimpi aku jadi kenyataan. Tapi, takdir tuhan takde siapa dapat halang. Bila sampai masanya, takkan cepat atau lambat walau sesaat. Akhirnya, doktor keluar dari tirai dan bagitau kami kaum keluarga yang ada kat situ " kami dah cuba yang terbaik untuk selamatkan dia, tekanan darahnya terlalu rendah, dia tak dapat nak bertahan. Dia kami sahkan meninggal beberapa minit yang lalu".

Ya Allah, ayat terakhir doktor tu macam menyentap jantung aku. Kepala aku kosong. Jiwa aku kosong. Kaki aku lemah macam tak berpijak. Suara aku tak keluar. Aku terdiam tapi hati aku meraung. Aku berdiri macam patung, tapi airmata aku masa tu laju bak air hujan. Sekelip mata dia bernyawa didepan aku, dan sekelip mata tu jugak dia dah pergi selamanya........Sesungguhnya tuhan lebih sayangkan dia...dan sesungguhnya dah berakhir penderitaan dan ujian abang kat dunia ni...

Abang disahkan kembali menemui penciptanya jam 7.20 petang. Jenazah dibawa balik ke rumah keluarganya di Ampang. Sepanjang malam, aku duduk tepi jenazah. Dalam hati masa tu kata " kalau abang bangun pun sekarang, saya takkan lari. Saya nak mintak ampun dan maaf dari abang. Saya redha abang pergi sebab penderitaan abang dah berakhir". Sepanjang malam aku duduk tepi jenazah. Aku masih pegang tangan dia. Usap kepala dia. Aku  buat seperti hari2 biasa bila dia tengah tidur.

Jenazah selamat dikebumikan lepas zuhor 7.1.2009. Dan itulah kali terakhir aku lihat jasad abang. Sebelum balik dari kubur, aku cakap "Saya tinggalkan jasad abang kat sini, tapi abang tetap saya bawa kemana-mana dalam hati saya".

Sampai sekarang, aku masih terkilan sebab tak dapat mintak ampun dan maaf dari dia walaupun seminggu sebelum tu dia ada cakap "Abang tak pernah ada rasa marah kat sue, abang takde apa2 rasa tak puas hati. Bagi abang semuanya sempurna dan abang puas hati". Sekarang hanya doa yang dapat aku kirimkan. Dia tetap dalam hati aku. Dan walaupun aku kelihatan seperti sedang memulakan hidup baru, namun dia sentiasa dalam ingatan aku..dalam hati aku..dalam kenangan aku..dalam doa aku. Air mata masih lagi menitik setiap kali aku teringatkan dia. Adakalanya bila terlalu sunyi atau dah tak tahu dengan siapa nak bercakap dan mengadu, aku selalu bayangkan dia ada kat sebelah sedang mendengar luahan aku dan sedang pujuk aku macam yang dia selalu buat dulu.


Abang, saya redha dengan pemergian abang. Saya ada semangat dan kekuatan yang abang ajar dan tinggalkan untuk saya teruskan perjuangan saya pulak. Saya doakan abang bahagia disamping Dia.
Al-fatihah.

Thursday, February 24, 2011

Perang Dingin

Selama 5 tahun dah aku keja dengan company nih...belom penah sekalipun aku perang dingin dengan mana2 colleague aku. Tapi minah yang ni betul2 buat aku hilang sabar. Baru setahun jagung keja...dah mula nak buat besar kepala. Hisshhh! Agak lama jugak la aku bawak bersabar dengan sikap dia ni yang mula berubah sejak dia promoted. Maklomla...dulu pangkat assistant je kepada aku...so masa tu dengar la kata jugak..tapiiiii...bila dah mula naik jadi exec, haaaa.....mulalah perangai pun berubah. Maybe dia rasa dah sama level agaknya. Sama2 exec..tak kiralah gred lain2 pun...yang dia nampak...kalo exec buat apa nak dgr instruction dari exec yang lain. Ini lah masalah budak2 yg baru nak naik...lom apa2 lagi perangai besar kepala dah tunjuk. Masa mula bertatih dulu....macam nak melutut mintak tunjuk ajar. Nasib engkau baik dik oii...sebab aku ajar ko semua benda supaya ko cepat pandai dan sebab aku tahu ko ada potensi..tapi tak sangka la potensi besar kepala ko pun sama naik ngan ko punyer potensi kerja!

Ok..takpe. Start from now on...aku malas dah nak memberi tunjuk ajar. Since ko pun dah tak terima instruction dari sama level, so i can assume that ko pun tak terima tunjuk ajar from the same level as well. Agaknya, ko lupe kot...yang even ko berada pada level exec..tapi keja2 ko masih lagi tahap clerical. Short term mmg la nampak bestkan..but in long run...pengalaman keja setakat cop "paid" kat invois ngan wat potocopy of document banyak2...doesnt help u much dear!

But, anyway....disebabkan aku walau cemana pun tetap kena mengadap muka ko hari2 sampai la salah sorang dari kita ni berhenti...maka aku pun takleh nak kata apa lah kan. Ko bernasib baik sesangat sebab aku bukan kaki mengadu domba kat boss semata mata nak jatuhkan orang. Aku malas nak layan kerenah budak hingusan ko tuh yang kekunun sanggup jalan jauh untuk pi ke mesin potostat semata mata takmo lalu lalang sebelah aku. Elok gak tu ko jalan jauh2...kasik kurus sket badan yang dah makin menembam bagai dipam-pam tuh!(tetiba mulut aku ni jadi macam puaka lak...adehhhh!)

Tapi...demi mengamalkan professionalism dalam bekerja (yelahh...takkan seorang CA nak wat perangai taknak kawan sudah...nama ko dollah...dot2 ko sebelah...lak kan????) ...aku tetap akan belagak seperti biasa. Cuma lepas ni takdela kot aku nak beramas mesra bagai ngn ko. Cukup sekadar "bisnes" conversation. Other than that...ko carikla kawan lain (yang aku yakin tak berapa kerat tu..maklomla ko kan anti-sosial) untuk bergelak tawa. Apa-apa pun...gud luck la untuk aku mendapat kerja baru. Kalo dapat keja baru nantik...barula kot diorg tahu betapa perlunya seseorang seperti aku untuk handle 2 project yg jadi major contributor untung for company group!

Thursday, February 17, 2011

Bercinta dengan suami orang - Part 2

Heheheh....lamanya aku tak jenguk playground aku nih. maklom la busy ngan keja...closing account laa..audit laa...sampai tak de masa nak jenguk lansung rumah ni. Disebabkan dah penat sgt otak aku berpikir pasal keja yang melibatkan calculation dan nombor2 ni sema...aku terasa nak menaip dan mengarang lak. Tapi mengarang stendet aku laa....bukan karangan ayat jiwang macam lirik lagu yang penah aku tulis ngan sidia dulu. Tajuk pun sketnye jiwang lagu tu..."ku pendam siksa cinta" tajuknye. Cemanalah aku tergamak nak guna perkataan "cinta" tu aku pun tak tahu....hahahaha!

Ok..arini aku nak sambung cite pasal cemana wife sidia tahu. Senang cite..pasal aku la yang bgtau!! But how??? Haaa..ce citer..cer citer.


Macam ni...dulu masa mula2 aku dapat tahu sidia dah kawen dan ada 2 anak, aku begitu gegeh nak tahu siapakah wife dia..cemana rupenye..cemana orangnye. Tengok pic budak2 yg cumil2 tu..nak gak tahu maknye sape kan (sbnrnye nak tahu maknye cumil ke tak..ngeeee. Jgn marah, sbb kalo korank pun sure ada perasaan nak tahu mcm aku gakkan? kan? kan?). Disebabkan semangat ingin tahu yang tinggi..aku begitu gegeh create satu lg account FB dan thru that account aku pun send la message kat wife sidia nih. Dalam msg tu aku tanya la kat wife sidia betul ke dia ni isteri pada mamat ni...dah brape lama kawen...dah ada baper anak sema. Tapi, sampai kesudah wife sidia ni tak reply msg aku. Ada yang tanya, nape aku nak susah2 msg dia? Ok, ini justifikation aku..aku nak dengar wife sidia ni marah aku atau bgtau aku sendiri supaya aku tinggalkan dia. Honestly, itu yang aku harapkan sebab aku punye emosi masa tu sangat tak stabil. Maklomla dah sayang..bukan senang nak tinggalkan dalam sekelip mata je pun. At least kalo wife sidia bersuara mcm tu..kuatla sket semangat aku ni nak tinggalkan mamat ni masa tu. Tapi..msg aku di bolayan. Mcm takde rasa tergugat lansung lak dia. Haissshhh~

Tak sampai sebulan dari tu...tak silap aku masa tu raya ke5 kot, tetiba aku terkejut dapat fren request. Wife sidia add aku as fren? apa motep dia? Maybe dia dah mula syak samting kat husband dia kot. Ok, aku xcept  as fren. Tapi lepas pada tu takde apa2 pun berlaku cuma bonus kat aku la aku dapat cuci mata jenjalan kat fb dia. Dulu dia tak letak pic dia, asik pic anak je..dah lama tu baru la ada pic dia. Dan baru jugak aku tahu wife sidia ni 7 tahun lg muda dari aku! Baya adik lelaki aku tuh. Maknanya dia kawen muda, maybe dlm umur 22 dia kawen. Takpelahkan...dah jodoh dia kawen muda.

Lepas berbulan bulan jadi fren kat FB, entah cemana satu hari tu dia tegur aku thru FB chat. Kitorang borak biasa je la mcm ala2 baru kenal kat chatroom. Aku pun cuba gak nak baca karekter dia thru chat tu..nampak mcm ok je. Sampai skrg aku still tak pasti apa yg buatkan dia tergerak nak tegur aku. Aku rasa maybe husband dia dah byk sangat bagi hint kat dia kot. Masa chat dia mintak no hp aku. aku bagi even aku tahu dia akan cross check ngn hp husband dia. Dia nak cek inbox ke outbox ke or call register ke..sukati dialah. Aku malas dah nak main sorok2. Dalam masa sama aku nak tengok gak pendirian husband dia..berani ke tak nak berhadapan dgn wife dia yang dah ketahuan. Bila aku bgtau mamat ni...dia mcm steady la plak. Hmmmmm........

Lepas dpt hp no aku, lama gak la aku tggu dia call or sms..dlm seminggu gak la. Itupun masa husband takde kat KB. Pandai gak dia ni eh, contact aku time laki takde kat umah..hehehehe. So dlm 3-4 hari gak la weol bersms-sms. Tanya soklan2 pun ala2 orentasi. Nampaknye dia lom dpt rentak nak masuk citer pasal laki dia lagi..tapi tiap kali bercerita sure ada mentioned husband. So, aku ni pun malas dah nak berpura-pura dan aku terasa mcm menipu dia la plak dgn ayat2 manis aku kan. so aku stret to the point. Conversation berbunyi begini;-
Aku : Awak nak tahu sebenarnye siapa sayakan?
The wife: Haah, nak tahu jugak
 Aku: Kalau sy bgtau, awak boleh terima ke?
 The wife: Bgatau je, saya dah lama bersedia

Aku tak terus reply, aku senyap about 20 minit. Dia dah jadi tak senang duduk, dia anta msg lg..

The wife: Nape senyap? Bgtau la..
Aku: Tak tahu nak sampaikan cara yang terbaik kat awak
The wife: Bgtau je mcm biasa
AKu: Awak, sy mintak maaf sangat2 dgn awak sbb saya ni jadi org ke3 dlm hidup awak dengan ****. Sy tak pasti sejauh mana awak tahu pasal saya dan jugak sejauh mana **** bgtau awak pasal saya. Buat masa ni, memang sy akui sy berkawan dengan **** lebih dari biasa. Saya tahu awk akan marah dan benci sy dengan statement saya, tapi sy pun dah bersedia untuk kena maki..

Adehh...kamikaze giler kan confession aku? Tapi..lepas je aku luahkan perkara tuh..aku rasa batu besar atas kepala ni dah takde dah. Lega sesangattttt. Lepas tu dan sampai sekrg wife sidia tak sms aku lagi. kalolah wife sidia ada keberanian berhadapan dengan aku masa tu...mungkin byk perkara yg boleh kami bincangkan. Tapi dia buat keputusan untuk diamkan diri dgn rasa marah. Aku tahu dia marah. Dan aku tahu dia akan label aku perampas, perosak, pompuan tak tahu malu dan mcm2 lagilah. Maklomla masyarakat melabel pompuan yg berkawan dgn suami org ni sesuatu yang sangat negatif dan buruk tanpa kira pokok pangkal cerita. Dalamkes aku,kalau la dia tahu status aku dan jugak umur aku yg jauh lebih tua dari dia...lagilah berbakul bakul makian yg aku dapat agaknya. Tapi waktu tu..kalau la dia berani berhadapan lagi dengan aku, aku akan bgtau dia...aku takde niat nak bersaing atau nak merampas pun. Aku akan tanya dia izinkan ke tak..kalo dia tak izin...aku definately akan berundur...huhuhu~