Tak pernah terfikir dan tak pernah terlintas pun sebenarnya kat kotak fikiran aku yang waras ni untuk aku bercinta dengan suami orang. Even sebelum ni aku sangat2 tegar dengan suami orang. Tegar dalam erti kata, aku berjaya menolak 'proposal' dari suami2 orang ni hanya sebab aku taknak melukakan hati perempuan yang lain. Sehinggalah suatu hari, akhirnya aku diuji dimana aku terpaksa telan kata2 aku sebelum ni bila aku dipertemukan dengan dia.
Bermula dengan chatting untuk menghilangkan kesunyian...dan kini berakhir dengan satu hubungan yang serius. Oppps...belum berakhir lagi....sebab masih berlansung dan tak pasti apa endingnya. Dah tahu laki orang..apesal teruskan jugak??? Hmm....soklan yang aku pun susah nak jawab. Sebab aku sendiri tak tahu kenapa, kenapa dan kenapa dengan dia aku kalah. Kalah dalam erti kata, bila aku tahu dia laki orang...tapi aku tak boleh nak back-off. Mungkinkah tuhan sedang menguji aku dek kerana kekonfidenan (manglish? ahh lantakla) dan jugak kecakapbesaran (BM hancusss) aku sebelum ni? Entahlah...hanya tuhan yang tahu..itu je yang mampu aku katakan.
Serba sedikit tentang perkenalan aku dgn dia...bertegur sapa kat ym....tanpa suara..tanpa rupa..entah mcmana hati aku dah suka dengan dia.Jarang sangat aku suka chatters sampai mcm ni skali. Gaya bahasa dan tutur kata dalam chatting sangat menyenangkan hati aku. Oklaa...aku mengaku...aku dah suka kat dia dari kali pertama chatting. Dan berlanjutan ke hari2 yang seterusnya. Rasanya berbulan jugak la chatting...baru la kitorang bertukar no hp. Dalam masa yang sama aku carik2 jugakla info pasal dia kat fb, utube dan sebagainya. Skodeng sana sini..merata jugak la aku merayau ke fb kekawan dia untuk check status dia...tapi aku tak jumpa apa-apapun. Dia sgt clear. Mmg aku risau gak mula2 kalo dia ni laki orang tapi lepas siasatan yang aku buat gagal utk reveal status dia..so sekali lagi aku kondipent (manglish lagi) yang dia single.
Atas rasa konpident tadi..maka bermulalah 'ayat-ayat cinta' mcm tajuk lagu rossa tuh sehinggakan aku menitis air mata bila dia tanya aku 'bolehkah aku dan dia hidup bersama'. Masa tu...aku rasa diberikan satu kehidupan baru selepas kesedihan yang aku lalui sejak arwah pergi. Tapi kegembiraan tak lama...tak sampai 2 minggu aku dikejutkan dengan satu pendedahan. Perangai skodeng fb menberikan aku jawapan akan status dia bila seorang perempuan tagkan gambar 2 budak comel. Macam nak meletup jantung aku masa tu..tapi aku tak serang dia lagi sehinggalah aku betul2 pasti itu anak2 dia. Esoknya aku skodeng lagi...kali ni kebenaran terserlah..komen2 ahli keluarga dan kawan2 dia jelas menunjukkan status dia. Tuhan je yang tahu apa aku rasa masa tu. Permainan apakah ini? Balasan apakah ini? Terduduk aku. Airmata toksah cakap la byk mana melimpah (melimpah ruah excelli). Aku confront dengan dia. And of cos la dia mengakukan sbb nak lari mana lagi? Bermula lagi episod sedih untuk aku...
Lepas aku tahu siapa dia, aku cuba membenci dia. Hati ni menyumpah seranah sebab dia tipu aku. Mcm2 aku buat untuk benci dia.....tapi sayang...aku tak berjaya. Kenapa eh? Dalam masa yang sama aku flirting around..main ayat-ayat cinta dengan admirer aku..dengan harapan aku akan jatuh cinta la dengan salah dua atau tiga (uishhh..tamaknye!) dari diorang tu semua..pun tak jalan jugak...Lastly, aku pasrah...mmg dia terlalu kuat tempatnya dalam hati aku...haisshhhhh!
Jadi...buat masa ni...aku masih meneruskan apa yang ada. Dalam masa yang sama aku masih lagi tercari cari ruang dan jugak kekuatan untuk hentikan semua ni sebab aku tahu isteri dia, kaum keluarga dia takkan restui semua ni walaupun dia kata dipihak dia tiada masalah. Sekarang wife dia dah tahu...cemana wife dia tahu? Nantik aku bgtau.....
Saya tunggu part berikutnya. Utk kali ini just satu soalan? Adakah ianya berbaloi?
ReplyDeletearar
ARAR - entahla....anda rasa bagaimana????
ReplyDeleteMungkin saya akan silap sebab tak tahu lelaki tu & situasi dia macam mana. Nak bagi pendapat kena tahu/dengar daripada semua pihak.
ReplyDeletePandangan umum saya begini. Kalau dia memang mampu; kewangan dan boleh alternat giliran (Sue bukan jadi isteri gelap kawin kat siam then curi-curi jumpa dengan tiupu isteri pertaman etc), jaga sembahyang dan yang wajib2 (takdelah perlu sampai taraf wali2.. just normal muslim maksud saya) then pada saya berbaloi & boleh proceed.
Tapi kalau nanti Sue yang kena menanggung duit rokok, minyak kereta, topup telefon atau sampai duit susu anak dengan isteri pertama dll baik tak payah. Buat apa cari penyakit sebab sakit yang sedia ada pun belum sembuh.
Dicintai dan menyintai tu biological need. Cukup time kitaran minda & tubuh badan kita akan minta bahagian tu tanpa kita sedari thats why Sue rasa maca tak boleh tolak. Nak atasi yang ini susah sebab ianya emosi dan luarkawal. Sebab tu kadang-kadang Tok-Tok Lebai pun terlajak :) Tapi bukan maksud ianya tak boleh dibendung.
Macam ni lah. Kalau Sue sanggup jadi 2nd or maybe 3rd wife cari yang betul2 berbaloi :)
Have a nice day
arar
Saya agree dengan Arar..
ReplyDeleteTak salah and tak hina mane pun kalau jadi 2nd or 3rd or even 4th skali pun. Asalkan cukup syarat2 nye dan takde halangan..
Kalau rase lelaki tersebut mampu memikul tanggungjawab yang sepatutnye dan juga dapat membahagiakan kita.. teruskan jek.. :)
tertarik dengan kata2 ARAR yang nih "Tapi bukan maksud ianya tak boleh dibendung."
ReplyDeleteBoleh explain tak cemana nak membendung? It may help me a lot.
Thanks in advance! :-)
Mungkin saya silap tetapi saya rasa masalah yang saudari hadapi adalah kesunyian. Saya tidak pasti samada saudari jenis introvert atau extrovert tapi mengenalpasti saudari duduk di dalam kumpulan yang mana adalah penting untuk langkah membendung masalah kesunyian.
ReplyDeleteSaya teringat arwah ibu mertua saya ketika kematian arwah bapa mertua saya. Daripada perwatakan yang periang menjadi murung disebabkan kesunyian. Tetapi beliau berusaha mengatasi masalah tersebut di antaranya menyimpan gambar arwah bapa mertua saya di dalam beg duit. Sweet sangat pada pandangan saya. Apa yang penting di sini adalah usaha dan bukan membiarkan diri terus hanyut dengan kesunyian.
Saudari cubalah cari jalan terbaik untuk mengatasi masalah kesunyian tersebut. Saudari lebih mengenali diri dan kemampuan sendiri. Berkahwin adalah di antara jawapan namun berkahwin dengan suami orang bukanlah jawapan yang terbaik.
Saudari masih lagi belum terlajak jauh. Jadi usaha untuk melupakan kekasih saudari masih boleh dilakukan tanpa meninggalkan implikasi jika dibandingkan dengan ibu mertua saya yang sudah bertemankan arwah bapa mertua saya berpuluh tahun lamanya.
Ianya boleh dilakukan pertamanya ingat kepada tuhan. Saya tidak bermaksud saudari lupa tuhan tetapi seperti melakukan amalan sunat dan doa untuk memberi ketabahan, kekuatan dan sebagainya. Saudari mungkin boleh merujuk kepada ustaz atau orang alim dalam hal ini.
Saya berhenti di sini dulu sebab isteri saya panggil untuk makan malam. Nanti saya cuba sambung lagi insha Allah. Saudari boleh hiddenkan komen saya jika perlu.
Saya tangguh dulu, wassalam!