Tuesday, March 1, 2011

My blood test result - kuciwanyaaaa.......

Kenapa aku nak kena buat blood test? Haaaa...sebab aku ni ada hypertension. Sekarang on medication dengan cozaar 100mg. Sian aku kan..muda2 dah kena hypertension. Tension sangat ke hidup aku nih? Entahla...ye kot. Tapi buat2 macam tak tension je sebab malas nak pikir2 sangat. Aku start amik ubat pun baru lagi...baru dalam 6 months. Tu pun lepas asik kena marah ngan doktor klinik panel. Almaklom BP reading aku asik 180/90. Mana doktor tak bising! Kata doktor aku leh dapat sudden strok. Aku ni plak..yang aku pelik...even bacaan aku tinggi macam tu pun..takde la pulak aku rasa pening ke pitam ke. Aku rasa normal je..ok jer...rasa best je...huhuhuhu~

So...lepas start on medication tu...aku kena la tiap2 bulan pi jumpa doktor check BP aku. So, sejak2 tu bacaan BP aku normal balik dah. Aku pun okla...hepi la kan. Disamping aku pun sekarang sedang mengamalkan gaya hidup sehat. Tiap2 petang lepas balik keja aku ke gym. Buat intensive workout semua. Jogging every weekend. Aku jaga makan. Take less rice, banyakkan minum air suam, kurangkan minum manis dan aku buat aniting la yg ala2 gaya hidup sehat nih. So,aku rasa hepi dengan amalan gaya hidup aku dan aku pun rasa aku lebih sihat dan energetic sekarang nih.

Last wik, atas advice doktor, aku pun buat blood test & urine test. Doktor kata nak check kebekersanan ubat dan jugak nak check if ada apa2 yang tak kena dengan badan aku since aku kan ada hypertension. Tadi, klinik call aku, katanya result dah siap. Aku ni pergila jumpa doktor amik result.

Menung panjang gak aku tengok result aku. Ada few things yg buat aku risau dan aku rasa aku tak tahu dah cemana nak control. Kolestrol jahat aku bacaannya tinggi! Urine analysis aku plak bacaan proteinnye +. Hishhh...risau hati perut aku ni! Apa lagi yg aku buat tak cukup nih??? Intense workout dah buat dah. Makan dah jaga dah. Tapi apesal kolestrol jahat aku tinggi?! Geram ada..konpius pun ada. Protein + kat urine pun buat aku risau. Sebab doktor kata itu indikator something not good kat buah pinggang. Aduhaiiii.....penyakit apa plak ni yang bakal melanda aku nih? Sakit buah pinggangkah? Tetiba teringat kat arwah. Macamana deritanya dia disebabkan penyakit tuh. Bila tanya kat doktor, dia macam taknak explain apa2 kat aku. Cuma katanya aku kena wat urine test je lagi sekali....huhuuhu~

Dalam risau2 tu....hati aku ni pasrah jugaklah kan. Semua yang berlaku ni dah tertulis pun. Cuma tunggu masa untuk kita laluinya aje. Lagipun...aku dah buat segala langkah yang patut aku buat...jadi kalo nak kena jugak..mmg dah takdir aku la tuh. Cuma..apa yang aku harapkan...kalo aku ni diuji dengan penyakit...biarlah kiranya aku ni tak menyusahkan orang lain. Maksud aku terlantar sakit...tak mampu nak uruskan diri sendiri sampai terpaksa mintak tolong orang lain uruskan aku...kalo boleh aku tanak la ketahap menyusahkan org lain. Kalo dah sampai tahap tu...aku rasa baik aku mati je..janji tak menyusahkan orang.

Citer pasal mati nih..teringat aku October 2009, aku kena tahan wad sebab denggi berdarah. Bayangkan, platlet count aku dah turun sampai 9!!. Doktor tu pun muka dah pasrah dah bila mak aku tanya berapa platlet count aku. Sampai dia kata " kita doalah banyak2 makcik ye..harap2 dia selamat". Aku time tu siap leh tanya soklan dalam nada lawak lagi kat doktor tu " agak2 saya ni ada harapan lagi ke nak hidup doktor?". Doktor tu senyum je...huhuhu. Tapi, pengalaman masa kena denggi tu...buat aku rasa diambang maut masa tu. Darah keluar  dari hidung tak henti2. Doktor pun takleh nak kata apa masa tu. Diorang pun takde cara nak hentikan pendaharahan tu semua. Cuma, mungkin belum sampai lagi masa untuk aku masa tu. Ingat lagi malam tu, aku siap kata "abang nak bawak saya pegi ngan abang ke?". Aku dah mula merapu yang bukan2 masa tu pasal mmg aku kind of give-up gak masa tu. Sampai siap tinggalkan pesan kat kawan2 aku, kalo aku takleh nak survive...anak2 aku( mimie, omel & omot) tu tolong jangan buang. Hantarkan ke tempat yang diorg leh carik makan dan berteduh. Habis kat semua orang aku pesan macam tuh. Bukan apa...sedih aku membayangkan budak2 tu kehilangan tempat perlindungan. Entah apa la nasib diorg nantik kalo kena campak kat pasar. Dah la diorg tu penakut sekor2!

Hishhh...dah mengarut lebih dah aku ni. Dah la. Malas nak pikir2. Terima ajelah ujian tuhan tu dengan hati yang tenang dan redha. Tapi ingat senang2 ke nak jadi manusia yang redha??? Susah tau! Takpe2....kena banyak muhasabah diri dan berpikiran positif! Tuhan tu kan Maha Penyayang....dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Dan apa yang dah berlaku dan akan berlaku..semuanya dah direncanakan oleh Dia. Sapa kita pandai2 nak kata itu ini kan??? Maka kenalah kita sentiasa "berhusnuzon" (pinjam word ni dari sorang kawan yg selalu wat posting gini kat FB wall dia...hehehhehe). Korang tahu ke husnuzon tu apa? Nak tahu...carik sendiri...tanya pakcik gogel tu. Aku malas nak bgtau korang pasal sekarang aku nak out...nak gi wat "steam bath" kat gym. Nak kasik ilang stress keja ngan stress personal!

10 comments:

  1. Assalam,

    Saya simpati dgn apa yg dihadapi. Tapi sabar dan jgn risau, tiap penyakit tu ada ubatnya, kecuali bila ajal telah tiba, itu janji Tuhan! oleh itu, penyakit Hazel boleh pulih. From my oppinion, it's not because of what u did, but it's because of what u think and what u feel, from everything that u've gone through before.
    U can Heal your life, there is a way. I suggest u this have a look at this page:

    http://husnuzzonloa.blogspot.com/2011/02/you-can-heal-your-life-anda-mampu.html

    ReplyDelete
  2. 1. Kolestrol jahat adalah akibat dpd tabiat pemakanan tak sihat lampau.

    2. Proteinuria juga disebut sbg albuminuria atau urin albumin adalah keadaan dimana urin mengandungi kehadiran protein yg abnormal. Albumin merupakan protein utama yg terdapat di dlm darah. Dlm keadaan sihat dan normal, sistem filterasi ginjal akan menghalang albumin di dlm sistem peredaran darah dpd dikumuh melalui urin. Secara umumnya kebanyakan molekul protein adalah terlalu besar utk melepasi sistem filterasi ginjal ke dlm urin. Ianya boleh berlaku jika glomeruli di dlm ginjal rosak menyebabkan berlaku kebocoran albumin secara mendadak dan banyak ke dlm urin. Umumnya proteinuria dan juga hasil ujian-ujian lain yg berhubungkait merupakan petanda kepada chronic kidney disease (CKD) yg disebabkan samada diabetes, darah tinggi atau penyakit2 lain yg boleh menyebabkan berlakunya inflamasi ginjal. CKD jika tidak didiagnosis & dirawat akan membawa pesakit kpd end-stage renal disease (ESRD) di mana ginjal gagal berfungsi sepenuhnya (renal failure). Pesakit ESRD memerlukan samada kidney transplant atau blood-cleansing treatments yg regular (dialysis).

    ReplyDelete
  3. @arjuna - terima kasih atas moral support awak. And thanks for the link..nantik sy singgah ke sana :-)

    @toolbox - pada pendapat awak adakah protenuria ni boleh dirawat? Atau dah terlambat untuk saya? Semalam tanya doktor dia takmo cakap apa2. Dia kata buat test je lagi sekali...kalo sama gak result, itu yg akan buatkan dia risau (sambil geleng2 kepala lak tuh...haissh buat sy lagi risau adalah!)

    ReplyDelete
  4. 1. Bila berlaku proteinuria kebiasaannya ujian urin albumin akan diulang semula utk pengesahan.
    2. Jika hasilnya masih lagi positif maka bolehlah disabitkan bahawa ada masalah ginjal pesakit.
    3. Selanjut doktor akan melakukan pemeriksaan dan berbagai-bagai ujian lain utk menentukan apakah punca sebenar yg menyebabkan ginjal pesakit tersebut bermasalah.

    ReplyDelete
  5. @toolbox - thanks for the info :-)...sian my ginjal...sakit ropenye dia...isk..isk

    ReplyDelete
  6. 1. Rasanya takde masalah kot. Saya doa result tu adalah false positif. Fyi Manusia ada sepasang ginjal.

    2. Tau tak apa dia pletlet dan mengapa bahaya jika bilangannya kurang di dlm darah?

    ReplyDelete
  7. @toolbox :

    1.Harap takde masalah..tapi sbnrnye previously penah wat ujian yg sama...sama gak resultnye..so kalo buat lagi dan lagi dan lagi masih +...saya redha je...huhuhu~

    2. Yang saya tahu platlet tu membantu dalam pembekuan darah. Sy rasa tuhari masa denggi tu, bila platlet count sy rendah maka sbb tu berlakunya internal bleeding. Hidung dan gusi berdarah tak henti2. Bukan setakat tu je..even i got heavy menses at the same time! Rasanya tu ler kot kaitan antara platlet ngn bleeding tuhari. Erkkk....Betul ke salah ke?

    ReplyDelete
  8. Ok lah tu awak tau serba sedikit ttg pletlet. Kalau nak tahu lebih lanjut baca tentang thrombocyte & thrombocytopenia

    ReplyDelete
  9. mustila tahu..dulu masa SPM sy ni student aliran sains...kecik ati cikgu2 sains saya nantik kalo pletlet pun tak tahu..heheheh

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.. Awak sihat? Skarang dah 2018.. 7 tahun berlalu dah.. Saja2 search pasal ginjal.. Smpai kt blog awak.. Sy pn bru je buat blood n urin test.. Mmg masalah kat colestrol jahat tuh ="( so sad.. Gula pn terlebih 0.1 dri normal .. Uric asid pn lebih.. Alahai.. Risau sgt.. Ssh btl nk turunkan colestrol.. Paling takut kalau ada masalah kidney.. Hmm.. Btw.. Sy pn penah ada pengalaman denggi.. Tp x smpai bdarah lg.. Sbb sy agak cpt jgk lah amik tndakan.. Demam die mmg lain macam.. Tinggi sgt suhu.. Mula cek negatif denggi..lpas 2 hari dmm x kebah.. 3 klinik sy pergi..klinik yg ke3 tu suruh buat blood test.. Urgent die buat.. Ptg dpt result.. Mmg suspect denggi.. Terus refer ke hospital.. Ya Allah.. Perasaan sy masa tu sebijik mcm awak.. Rasa mcm dh dekat2 je.. Kebetulan seminggu sblm sy kena denggi.. Jiran sy meninggal sbb denggi berdarah.. Takutnya masa tu.. Sgt2 takut.. Rasa down sgt.. Seksa plak tu kena minum bnyk2.. Asik nk kencing je.. Dgn drip kt tgn.. Hari2 kena amik darah.. Ssh btl nk naik platlet drh tu.. Sup ketam.. Jus daun betik yg pahit amat tu.. Last tu mak sy amik jus daun betik yg btl2 pekat ada org bg petua.. N minum air kelapa.. Lepas tu platlet sy naik.. Syukur sgt.. 5 hari jgk la bkampung kt hospital.. Yg lg sedih tu.. Sy warded btl2 esoknya tu masuk 1ramadhan.. ="( jenoh jugak la nk ganti puasa tu..

    Pengalaman sakit ni mcm2 jgk la penah lalui.. Sblm ni dh penah buang hempedu sbb ada batu n dh start keluar dh.. Sakit tu mcm nk mati jgk lah..

    YaAllah.. Bnyk jgk Allah bg peluang untk masih hidup.. Semoga kita diberi kesihatan yg baik=) insyaAllah

    ReplyDelete